Friday, August 27, 2010

KELUARGA BAHAGIA




PENGENALAN

Setiap insan di dunia ini mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, namun  hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Allah dan RasulNya sahaja yang dapat menikmati kebahagiaan itu.
                                                            
Dalam konteks masyarakat Islam, suami atau bapa merupakan Ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting melaksana tugas sebagai pemimpin keluarga.



DEFINISI KELUARGA BAHAGIA

Bahagia dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dan lahir dari hati seseorang dengan sifat-sifat mulia dan terpuji seperti  amanah, bersyukur, bersangka baik terhadap orang lain dan sebagainya yang kalau dikaitkan dalam sesebuah rumahtangga bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat.



                              MUHAMMAD HASRI BIN HASAN (204362)

ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA



Asas keluarga bahagia boleh dilihat dari pelbagai sudut. Maka ia boleh dikategorikan kepada dua aspek iaitu :



  • KEBAHAGIAAN TERSURAT
  • KEBAHAGIAAN TERSIRAT


  • Pembinaan sebuah keluarga bahagia itu hendaklah diasaskan kepada takwa. Tanpa takwa pembinaan sebuah keluarga yang bahagia itu dikhuatiri tidak akan terbina menurut landasan yang sebenar.
  • Pembentukan keluarga bahagia itu juga mestilah berlandaskan kasih sayang.Tanpa kasih sayang maka sebuah keluarga itu akan sentiasa terumbang-ambing dan tidak kukuh.
  • Mewujudkan pergaulan yang baik dan diredai oleh Allah, jauh dari sebarang kemungkaran, kemaksiatan, penganiayaan, dan  kezaliman.
  • Sikap bertolak ansur dan memperbanyakkan bersabar.
  • Menjalankan sikap amanah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab pula di pikul dengan ringan hati serta saling hormat-menghormati.
  


                                    
MOHAMAD FAHIMI BIN ABDUL RAHIM (204273)

CARA-CARA MENJANA KELUARGA BAHAGIA





1. Tanggungjawab pasangan suami isteri 
     Suami isteri masing-masing mempunyai peranan  dalam
     kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu
     dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang
     dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah.

 2. Berkomunikasi antara satu sama lain
      Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan 
      suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh 
      pasangan masing-masing. Beri ruang kepada pasangan
      untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar 
      yang baik kepada pasangan anda.

3. Menyelesaikan konflik secara bersama
    dan rasional
     Luahkan segala masalah yang dihadapi dan berbincang 
     secara terbuka agar konflik dapat ditangani dengan cara 
     yang paling baik.

4. Hubungan seks suami isteri
     Jangan sesekali mengabaikan hubungan seks dengan 
     pasangan. Jika mempunyai masalah dalam perhubungan
     seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan 
     rawatan yang sewajarnya.

5. Tabah dan sabar
     Sikap tabah dan sabar perlu ada dalam diri setiap insan. 
     Suami isteri perlu bersabar dengan kelemahan pasangan 
     masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara 
     satu sama lain. 
                                                                                                                                                                                          SITI NURAMIRA BINTI AHAMAD RAZALI (204265)

CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA



1. Keluarga yang dibina berlandaskan  
    prinsip-prinsip Islam: Rabbani 

    Menghormati hak dan kebebasan individu yang dikawal
    oleh ajaran Islam, mengamalkan persamaan status 
    manusia kecuali yang ditentukan berbeza oleh Islam, 
    melaksanakan keadilan, musyawarah, dan mendukung 
    perdamaian sejagat.


2. Dapat menyempurnakan rukun-rukun 
    keluarga: Sakinah, Muwaddah dan  
    Rahmah 

    Rumahtangga mestilah mampu menjadi tempat tinggal
    yang menenangkan, tempat membina rasa cinta dan kasih
    sayang sesama keluarga dan menjadi sumber memupuk 
    rasa belas kasihan dan tanggungjawab.


3. Dapat memainkan peranan 

    Sebagai institusi mendidik anak-anak sehingga mereka 
    menjadi generasi yang muttaqin, amilin, solihin, muslihin 
    dan layak memikul tugas sebagai hamba Allah. 


4. Dapat memenuhi objektif perkhawinan
  • Untuk memenuhi tuntutan kepuasan naluri seksual sebagai satu cara yang dapat mengurangkan  ketegangan dan memberi ketenangan jiwa dan emosi manusia.
  • Menentukan supaya keturunan manusia dapat disahkan, memelihara status rumahtangga, hubungan keakraban yang harmoni, erat dan mesra.
  • Menjamin keredhaan, rahmat dan restu Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
                                                 
                                                                            NOR SHAMIMI BT JUSOH (204038)

      KELUARGA SIHAT KELUARGA BAHAGIA


      Keluarga bahagia terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian.

      Ciri-ciri keluarga sihat
      • Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
      • Mempunyai pendidikan yang sewajarnya serta mencukupi
      • Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat,bersenam secara tetap, tidak merokok dan tidur secukupnya
      • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
      • Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
      • Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
      • Mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi                      
      • Mengamalkan nilai agama dan moral        
      • Memupuk sokongan sosial
      • Beriadah bersama



      Kepentingan keluarga sihat 
      Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat. Sebuah keluarga yang sihat dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial dan psikologi secara optima disamping mengutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat.

                                                                      
      ATIKAH BINTI JAMAHORI (204259)

      PERANAN KETUA KELUARGA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA


      Sebagai seorang ketua keluarga hendaklah menunjukkan dan mempamerkan contoh  terbaik untuk dicontohi oleh anak dan isterinya. Keluarga yang menginginkan kebahagiaan juga hendaklah menjiwai dan  mengamalkan sifat yang baik dan mulia.



      • Sentiasa mengutamakan dan peka tentang pendidikan agama  kepada diri dan keluarganya.
      • Ibu bapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi adalah dari sumber yang halal lagi baik.
      • Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk bersama ahli
        keluarga.
      • Bapa sebagai ketua keluarga adalah juga berperanan sebagai wali pernikahan bagi seseorang anak perempuan. Sebagai wali, pemahamannya sebagai pemegang amanah amatlah penting disamping memahami dengan jelas syarat-syarat wali.
      • Ketua keluarga  mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

                                                  

                                  
      MOHAMMED SYAFIQ BIN MOHD SHOKRI (204290)

      PROSES PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA


      Kejayaan membina keluarga cemerlang boleh dibahagikan kepada tiga proses utama iaitu :

      1)   PROSES AWAL
      Proses awal adalah persiapan setiap pasangan suami isteri setelah bergelar ibu atau bapa. Pada peringkat ini, persiapan daripada sudut ilmu rumah tangga amat penting bagi menjamin keharmoniaan rumah tangga.

      2)   PROSES PERTENGAHAN
      Proses ini penting dalam menghidupkan suasana harmoni rumah tangga. Ibu bapa berperanan penting dalam menentukan hala tuju keluarga yang sebenar. Memenuhi keperluan asas merupakan tanggungjawap utama ibu bapa.

      3)   PROSES AKHIR
      Melatih anak-anak dengan amalan nilai-nilai murni.Anak-anak didedahkan kepada sikap menhormati ibu bapa atau orang yang lebih tua serta tahu membezakan perkara baik dan buruk sebelum mengambil sebarang tindakan.



      NUR ASZUL HAIRI BIN MOHD ARIFFIN (204260)